This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, February 14, 2014

TAHANAN POLITIK DI MESIR MEMANG DIDERA!



16 buah pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara atau lokap kudeta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan.

Kenyataan tersebut turut menggesa anggota keluarga mangsa tahanan yang mengunjungi mangsa tahanan diberikan ruang yang bebas untuk bertemu tanpa dipantau rapi atau dikenakan pelbagai syarat yang menyusahkan.

Berdasarkan kenyataan dan aduan mangsa sendiri, menurut kenyataan tersebut pihak mereka menerima banyak aduan sepanjang 6 bulan kebelakangan iaitu tempoh yang menyaksikan ratusan siri operasi tangkapan secara rambang khasnya sekitar Ogos hingga Oktober tahun lalu.

Pihak mereka turut mendedahkan aduan seorang aktivis politik bernama Khaled As-Sayyed yang dibelasah dan didera di Balai Polis Abbasiyah dan Qasr Nil selain sewaktu di tahan di Penjara Abou Za'bel. Menurut peguam beliau, Mahmoud Bilal yang hadir sewaktu siasatan dibuat yang turut menyaksikan anak guamnya membuka baju untuk menunjukkan kesan-kesan didera.

Khaled As-Sayyid menjelaskan secara lanjut penderaan yang dilakukan terhadap sebahagian tahanan politik. Antaranya, pasukan keselamatan kudeta telah bertindak memindahkan tahanan yang terdiri daripada aktivis-aktivis politik yang terkenal ke sebuah bilik dalam keadaan mata mereka ditutup. Mereka kemudian diperdengarkan suara-suara jeritan mangsa tahanan lain yang dipukul dan didera melalui besi elektrik, lalu sekumpulan pasukan polis mengherdik mereka dengan nada tinggi, "Inilah dia balasan kamu wahai orang-orang yang membuat revolusi.."

Kebanyakan mangsa tahanan lain turut mengakui bahawa mereka turut mengalami penderaan seksual selain didera menggunakan kabel elektrik di seluruh badan.

Walau bagaimanapun, sang pengkhianat Jeneral Mohammed Ibrahim sebagai Menteri Dalam negeri kudeta menafikan wujudnya kes-kes penderaan yang dilakukan oleh polisnya sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah penjara negara itu.

Namun menurut pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia berkenaan mempersoalkan pendirian pihak penjara di Mesir yang sebenarnya tidak pernah mengizinkan sama sekali mana-mana badan hak asasi atau peguam-peguam yang bebas untuk menziarahi tahanan.

Sumber: Ikhwanonline.com & Akhukum Abdul Malik

Sunday, February 9, 2014

Refrendum Kudeta Mesir.- Kenyataan Al Azhar dan Pemerhati Politik Bercanggah...


Meskipun majoriti Ulama' memfatwakan pengharaman untuk rakyat Mesir mengikuti Refrendum Kudeta Mesir, Cemuhan dunia terhadap Kudeta yang melakukan rampasan kuasa serta membunuh ribuan rakyatnya, namun bagi sebahagian dari Ulama' Al azhar seperti Sheikh Ahmad toyyib ini pula mengambil sikap untuk menyokong Refrendum tersebut. Memetik kata-kata Dr Abbas Syuman, wakil patinggi Al Azhar menyatakan...Konstitusi baru Mesir akan memperkuatkan jalan kearah Demokrasi baru di Mesir dan sebagai jambatan bagi kestabilan kehidupan rakyat Mesir.

Selepas memberikan sokongannya terhadap Refrendum tersebut, Syuman berkata.. "Gelombang sokongan Warga Mesir untuk refrendum tersebut menunjukan bukti cinta mereka kepada Mesir dan kami dari Al Azhar menegaskan negeri ini tidak akan stabil tanpa rakyat dan militernya, 'Yes' untuk Konstitusi bermakna 'Yes' untuk Mesir dan kestabilan nya, meskipun para pengganas dan pendengki berusaha keras untuk menghancurkan Mesir dan menginginkannya mundur lagi ke belakang"...tegasnya lagi, "sudah menjadi kewajipan dan keharusan untuk Al Sisi mencalonkan diri nya sebagai Presiden kerana hal itu sudah menjadi tuntutan rakyat Mesir"...(dipetik dari web almasryalyoum).


Di petik dari web gate.ahram.org.eg menyatakan...bahawa Al azhar mengucapkan terima kasih kepada seluruh warganya yang menyokong refrendum dan menggambarkan bahawa rakyat Mesir sudah kembali sedar dan sudah bangkit untuk menghadapai tentangan.

Bagaimanapun, kenyataan Al Azhar disanggah oleh pemerhati Politik. Mereka mendakwa, bagaimana Al Azhar boleh mendakwa bahawa Konstitusi ini menuju kestabilan Politik Mesir, sedangkan Refrendum tersebut diwarnai dengan rusuhan dan setidak-tidaknya melibatkan 11 nyawa rakyat mati ditangan pihak keamanan. Seperti yang diketahui juga, disekitar Istana Ittihadiyyah,pihak keamanan menghadapi gelombang demontrasi dan sekurang2 nya 444 warga Mesir ditangkap. Lapangan Tahrir juga ditutup untuk menghalang Demontrasi serta Gelombang kebangkitan rakyat berlaku di seluruh daerah di Mesir.

The Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion membuat laporan bahawa.. tingkat partisipasi rata-rata di seluruh Mesir tidaklah besar seperti dikatakan Al Azhar, hari pertama hanya mencatatkan 11 peratus sementara di pendalaman dicatatkan hanya 3 peratus.Angka yang paling tinggi hanya 13 peratus itupun di Cairo.

Dalam pada itu, Jamaah Islamiyyah mengeluarkan pernyataan bahawa Majoriti besar Rakyat Mesir memboikot Konstitusi tersebut, Rakyat tidak rela untuk menyerahkan 'road Map' ini kepada Kudeta. Sokongan rakyat terhadap Refrendum juga rendah jika dilihat dari mata kasar.Jamaah Islamiyyah juga memberi peringatan bahawa usaha-usaha Kudeta untuk melakukan penipuan serta culas akan menambahkan tingkat pertikaian dan menambahkan bahawa pemboikotan ini sebagai bukti penolakan rakyat Mesir terhadap Kudeta semakin meluas....

kredit - Tiang Seri

Thursday, January 16, 2014

Ulama Syiah Yang Halalkan Darah Pelarian Syria Dihukum Mati

 Lelaki yang berada di dalam gambar ini adalah merupakan salah seorang ulama' Syiah yang telah menghalalkan darah Umat Sunni Syria untuk ditumpahkan.

Ulama syiah ini, 'Ayatullah' Mesbah Yazdi telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa boleh membunuh pelarian-pelarian Syria yang masuk ke Lubnan dan juga negara-negara yang lain.

Dia menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya berkenaan apa yang berlaku di Syria dengan mengatakan bahawa halal untuk membunuh darah Umat Sunni Syria.

Lihat sahajalah 'fatwa' yang jelas menunjukkan bahawa tidak mustahillah kenapa regim Basyar dan sekutunya begitu bersungguh-sungguh untuk membunuh dan menyembelih umat Sunni di Syria.


Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah ini dan memberi kemenangan kepada Islam.

Pelajar Malaysia berjihad menentang kekejaman Syiah Yaman

Penduduk dammaj dikepung oleh kumpulan houthi iaitu penganut syiah rafidhah di yaman. Mereka dikepung dan disekat bekalan makanan. Bantuan tidsk diterima dsripada mana-mana pihak.

Terdapat pelajar malaysia juga di sana yang belajar di university darul hadis dan mereka bersama-sama penduduk dammaj. Saudara kita disana berjihad menentang puak rawafidh ini dgn berbekalkan senjata rifle sahaja sedangkan houthi berbekalkan tanks, missile, dll.

Mereka diberi masa 4 hari oleh syiah untuk keluar daripada dammaj. Mereka diusir oleh musuh Islam. Tetapi apa tindakan kita? Kita tidak tahu langsung tentang ni kerana perkhabaran tentsng dammaj ditutup.

Bantulah mereka walaupun sekadar menadah tangan berdoa. Ayuh kita sebarkan supaya dammaj mendapat sokongan daripada pihak kita, mereka saudara kita. Sanggupkah kita lihat saudara kita disembelih, dirogol dan sebagainya?

Sebarkan agar kita dapat jawapan apabila ditanya di akhirat kelak. Allahumma suril ikhwanana wal mujahideen fi dammaj, Allahumma 'alaika bil rawafidh, Allahumma 'alaika bil houthi, Allahumma amin...

Tuesday, January 14, 2014

Ya taiba dengan lirik






Monday, January 13, 2014

PELAJAR MALAYSIA CEDERA DALAM REMPUHAN POLIS KUDETA MESIR




Madinah Nasr, 8 Januari 2014, seorang graduan Usuluddin Al-Azhar terkena serpihan besi dipercayai percikan daripada peluru sesat. Semasa kejadian beliau dalam usaha menghantar isterinya ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Isterinya sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.

Keadaan tersebut terjadi berikutan tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman yang berkumpul di sekitar Masjid Salam, Hayyu Asyir. Walaubagaimanapun isteri beliau tidak mengalami apa-apa kecedaran.

Mangsa, 27 telah pun mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka. IKRAM Mesir telah memaklumkan pada pihak kedutaan. Semua mahasiswa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir.

Fakhrur Radzi bin Ahmad Fuad
Pengerusi IKRAM Mesir Cawangan Kaherah.

Wednesday, January 8, 2014

kaitan wahabi dengan kudeta Mesir


Syekh Jamal Faruq,Pensyarah Universiti Al-Azhar dan staf pengajar di masjid Al-Azhar, pernah bercerita bahwa deretan kedai kitab di belakang kampus dan masjid Al-Azhar yang hampir semuanya beraliran Wahabi, mulanya hanyalah tapak para pedagang miskin yang berjualan kitab dengan beralaskan akhbar/tikar di emperan jalan. Lalu para pengusaha, saudagar, dan pebisnis Arab Saudi datang dan menawarkan modal serta membiayai kedai-kedai kitab dan keperluan para pedagang itu dengan syarat menjual kitab-kitab yang beraliran Wahabi.

Para pedagang kitab Mesir itu pun tergiur dan didatangkanlah kitab-kitab cetakan Arab Saudi untuk tahap pertama guna memenuhi isi kedai. Dan lambat laun muncullah percetakan-percetakan kitab yang beraliran Wahabi. Dan hingga kini bisa kita lihat kedai-kedai kitab Wahabi berjejer dan bertengger mengelilingi kampus dan masjid Al-Azhar.

Hal seperti ini, tutur Syekh Jamal Faruq, bertujuan untuk melemahkan dakwah Al-Azhar lantaran dunia tahu bahwa Al-Azhar adalah benteng Ahlusunnah wal Jamaah yang mengaplikasikan Islam secara moderat, toleransi, tidak keras namun tegas dan berprinsip. Tapi usaha Wahabi ternyata sia-sia. Buktinya meski dikelilingi kedai-kedai kitab Wahabi, Al-Azhar masih bisa wujud membuktikan dakwah Islam yang berlandaskan akidah Asyairah dan Maturidi, berfikih 4 mazhab, dan bertasawuf dengan cara yang tak berlebihan.

Mahasiswi Anti Kudeta ditubuhkan ikrar wujudkan revolusi baru


Hari ini, Selasa '7/1/2013' sekumpulan mahasiswi dari Universiti Al Azhar telah melancarkan sebuah gerakan yang mereka namakan "Mahasiswi Anti-Kudeta". Dalam pernyataan itu, mereka menyatakan....

“Kami gerakan Mahasiswi Anti-Kudeta menentang segala bentuk kekejaman yang dilakukan terhadap para mahasiswa, terutama mahasiswa Al-Azhar. Kami menghimbau para mahasiswa untuk tetap teguh dan menyempurnakan perjuangan mereka. Kami pun akan selalu memberikan bantuan dan dukungan. Kami akan selalu bertahan menentang segala bentuk kezaliman dan kesewang-wenangan. Kami tidak akan diam, dan tidak akan membiarkan upaya pembungkaman mulut-mulut kami.

Apa yang dilakukan oleh keamanan kudeta terhadap mahasiswa Universitas Zaqaziq beberapa saat yang lalu adalah benar-benar sebuah pembantaian. Kami nyatakan, akan segera turun jalan. Aksi turun jalan saat ini adalah untuk memperjuangkan hak-hak para mahasiswi lain yang menjadi korban pembantaian dan penangkapan.

Dengan ini kami memberikan peringatan kepada penguasa kudeta, jika kalian melakukan kekejaman terhadap para mahasiswa di kampus mana pun, maka ketahuilah bahawa kami akan melakukan revolusi mahasiswa. Revolusi mahasiswa tidak akan mungkin bisa kalian padamkan. Bahkan semakin kejam kalian, akan semakin kuat revolusi kami. Kami tidak akan tinggal diam jika ada mahasiswi menjadi korban kekejaman, kami akan membuat penentangan yang bersejarah. Bahkan saat kaum lelaki diam seribu bahasa melihat kaum perempuan dizalimi, yakinilah kami tidak akan tinggal diam.... "Jatuh-jatuhlah penguasa tentera"..

Tuesday, January 7, 2014

ORGAN MANUSIA BERJATUHAN DARI LANGIT DI JEDDAH

Polis menerima panggilan telefon pada jam 2:30 pagi dari saksi yang melaporkan melihat organ tubuh manusia berjatuhan dari langit kekal di kawasan  kejiranan Mushrefa di bandar Laut Merah,

Laporan itu dibuat selepas jet Saudi Arabian Airlines membuat pendaratan kecemasan di kota Madinah  menyebabkan kecederaan  29 orang penumpang.

Walau bagaimanapun Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi berkata tidak ada hubungan antara pendaratan kecemasan di Madinah dan kejadian organ tubuh manusia yang jatuh Jeddah.

artikel asal - Body parts 'fell from sky' in Saudi yahoo

Friday, January 3, 2014

Kristian Mesir Bantah Penutupan Lembaga Sosial Islam


Beberapa orang Koptik tersebut melakukan demonstrasi dengan mengangkat salib di depan hospital Jam’iyah Syar’iyah, lembaga sosial yang dikelola oleh jamaah Ansarus Sunnah. Seperti diberitakan lamanweb twsela.com, Isnin (30/12/2013) kelmarin.

Mereka menentang pembekuan lembaga tersebut kerana mengancam ditutupnya layanan sosial hospital.

Menurut mereka, walaupun percuma, layanan hospital Jam’iyah Syar’iyah jauh lebih berkualiti daripada rumah sakit-rumah sakit spesialis.

Al Sisi sudah mati mayatnya disorok di kem tentera


Llaporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:

بالفيديو.. "الشرقاوى": مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد - جريدة الشعب الجديد - http://elshaab.org/thread.php?ID=89745