Friday, December 20, 2013

identiti Islam akan dihapuskan jika perlembagaan baru Mesir diterima

Bagi mereka yang masih belum memahami kenapa Ikhwan Muslimin dan gabungan rakyat Mesir memboikot pungutan suara terhadap draf cadangan Perlembagaan versi kudeta yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Januari depan, sila baca ulasan seorang ulamak Al-Azhar ini.

Islam di Mesir berada dalam situasi kritikal jika ia diluluskan..Kenapa?

Tokoh pemikir Islam, Prof.Dr.Muhammad 'Immarah yang juga anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar berkata,

"Berikut merupakan sebab utama kenapa kita tidak boleh menyertai pungutan suara draf perlembagaan:

1) Perlembagaan baru (versi kudeta) cuba meng"askar"kan negara dan menghapuskan identiti Islam

2) Menghapuskan fasa "bahawa Mesir merupakan satu entiti dari umat Islam dan masyarakat Arab

3) Menghapuskan fasa yang memperkenalkan "konsep musyawarah"

4) Menghapuskan fasa "mengambil pandangan/ merujuk Haiah Kibar Ulamak dalam hal ehwal berkaitan syariat Islam.

5) Menghapuskan fasa yang memberikan Al-Azhar kuasa menafsirkan prinsip-prinsip syariat Islam.

6) Menghapuskan fasa "yang melarang penghinaan kepada para Rasul dan Nabi-nabi".

7)Menghapuskan fasa yang memperuntukkan "penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan bagi Memerangi Rasuah".

Menambah fasa baru iaitu mengharamkan penubuhan parti-parti politik berasaskan agama.

9) Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir untuk melantik Menteri Pertahanan (bermaksud jawatan menteri tersebut bukan lagi lantikan Presiden negara selain Menteri Pertahanan dilindungi dengan kekebalan dan tidak boleh dipecat melainkan dengan persetujuan Majlis Tertinggi Tentera sahaja)

10) Memberikan ruang yang lebih luas kepada Mahkamah Tentera untuk membicarakan kes-kes orang awam

Dr.Imarah menutup ulasan beliau berkaitan draf perlembagaan versi kudeta dengan kata beliau: Inilah sebab yang paling bahaya yang terkandung di dalam draf perlembagaan baru iaitu memansuhkan identiti atau syiar Islam di Mesir dan menjadikan Mesir sebuah "negara tentera".

Terjemahan oleh : Akhukum Abdul Malik
Dengan ehsan: Ustaz Mohd Fauzan Abdullah

0 comments:

Post a Comment