This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, February 14, 2014

TAHANAN POLITIK DI MESIR MEMANG DIDERA!



16 buah pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara atau lokap kudeta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan.

Kenyataan tersebut turut menggesa anggota keluarga mangsa tahanan yang mengunjungi mangsa tahanan diberikan ruang yang bebas untuk bertemu tanpa dipantau rapi atau dikenakan pelbagai syarat yang menyusahkan.

Berdasarkan kenyataan dan aduan mangsa sendiri, menurut kenyataan tersebut pihak mereka menerima banyak aduan sepanjang 6 bulan kebelakangan iaitu tempoh yang menyaksikan ratusan siri operasi tangkapan secara rambang khasnya sekitar Ogos hingga Oktober tahun lalu.

Pihak mereka turut mendedahkan aduan seorang aktivis politik bernama Khaled As-Sayyed yang dibelasah dan didera di Balai Polis Abbasiyah dan Qasr Nil selain sewaktu di tahan di Penjara Abou Za'bel. Menurut peguam beliau, Mahmoud Bilal yang hadir sewaktu siasatan dibuat yang turut menyaksikan anak guamnya membuka baju untuk menunjukkan kesan-kesan didera.

Khaled As-Sayyid menjelaskan secara lanjut penderaan yang dilakukan terhadap sebahagian tahanan politik. Antaranya, pasukan keselamatan kudeta telah bertindak memindahkan tahanan yang terdiri daripada aktivis-aktivis politik yang terkenal ke sebuah bilik dalam keadaan mata mereka ditutup. Mereka kemudian diperdengarkan suara-suara jeritan mangsa tahanan lain yang dipukul dan didera melalui besi elektrik, lalu sekumpulan pasukan polis mengherdik mereka dengan nada tinggi, "Inilah dia balasan kamu wahai orang-orang yang membuat revolusi.."

Kebanyakan mangsa tahanan lain turut mengakui bahawa mereka turut mengalami penderaan seksual selain didera menggunakan kabel elektrik di seluruh badan.

Walau bagaimanapun, sang pengkhianat Jeneral Mohammed Ibrahim sebagai Menteri Dalam negeri kudeta menafikan wujudnya kes-kes penderaan yang dilakukan oleh polisnya sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah penjara negara itu.

Namun menurut pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia berkenaan mempersoalkan pendirian pihak penjara di Mesir yang sebenarnya tidak pernah mengizinkan sama sekali mana-mana badan hak asasi atau peguam-peguam yang bebas untuk menziarahi tahanan.

Sumber: Ikhwanonline.com & Akhukum Abdul Malik

Sunday, February 9, 2014

Refrendum Kudeta Mesir.- Kenyataan Al Azhar dan Pemerhati Politik Bercanggah...


Meskipun majoriti Ulama' memfatwakan pengharaman untuk rakyat Mesir mengikuti Refrendum Kudeta Mesir, Cemuhan dunia terhadap Kudeta yang melakukan rampasan kuasa serta membunuh ribuan rakyatnya, namun bagi sebahagian dari Ulama' Al azhar seperti Sheikh Ahmad toyyib ini pula mengambil sikap untuk menyokong Refrendum tersebut. Memetik kata-kata Dr Abbas Syuman, wakil patinggi Al Azhar menyatakan...Konstitusi baru Mesir akan memperkuatkan jalan kearah Demokrasi baru di Mesir dan sebagai jambatan bagi kestabilan kehidupan rakyat Mesir.

Selepas memberikan sokongannya terhadap Refrendum tersebut, Syuman berkata.. "Gelombang sokongan Warga Mesir untuk refrendum tersebut menunjukan bukti cinta mereka kepada Mesir dan kami dari Al Azhar menegaskan negeri ini tidak akan stabil tanpa rakyat dan militernya, 'Yes' untuk Konstitusi bermakna 'Yes' untuk Mesir dan kestabilan nya, meskipun para pengganas dan pendengki berusaha keras untuk menghancurkan Mesir dan menginginkannya mundur lagi ke belakang"...tegasnya lagi, "sudah menjadi kewajipan dan keharusan untuk Al Sisi mencalonkan diri nya sebagai Presiden kerana hal itu sudah menjadi tuntutan rakyat Mesir"...(dipetik dari web almasryalyoum).


Di petik dari web gate.ahram.org.eg menyatakan...bahawa Al azhar mengucapkan terima kasih kepada seluruh warganya yang menyokong refrendum dan menggambarkan bahawa rakyat Mesir sudah kembali sedar dan sudah bangkit untuk menghadapai tentangan.

Bagaimanapun, kenyataan Al Azhar disanggah oleh pemerhati Politik. Mereka mendakwa, bagaimana Al Azhar boleh mendakwa bahawa Konstitusi ini menuju kestabilan Politik Mesir, sedangkan Refrendum tersebut diwarnai dengan rusuhan dan setidak-tidaknya melibatkan 11 nyawa rakyat mati ditangan pihak keamanan. Seperti yang diketahui juga, disekitar Istana Ittihadiyyah,pihak keamanan menghadapi gelombang demontrasi dan sekurang2 nya 444 warga Mesir ditangkap. Lapangan Tahrir juga ditutup untuk menghalang Demontrasi serta Gelombang kebangkitan rakyat berlaku di seluruh daerah di Mesir.

The Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion membuat laporan bahawa.. tingkat partisipasi rata-rata di seluruh Mesir tidaklah besar seperti dikatakan Al Azhar, hari pertama hanya mencatatkan 11 peratus sementara di pendalaman dicatatkan hanya 3 peratus.Angka yang paling tinggi hanya 13 peratus itupun di Cairo.

Dalam pada itu, Jamaah Islamiyyah mengeluarkan pernyataan bahawa Majoriti besar Rakyat Mesir memboikot Konstitusi tersebut, Rakyat tidak rela untuk menyerahkan 'road Map' ini kepada Kudeta. Sokongan rakyat terhadap Refrendum juga rendah jika dilihat dari mata kasar.Jamaah Islamiyyah juga memberi peringatan bahawa usaha-usaha Kudeta untuk melakukan penipuan serta culas akan menambahkan tingkat pertikaian dan menambahkan bahawa pemboikotan ini sebagai bukti penolakan rakyat Mesir terhadap Kudeta semakin meluas....

kredit - Tiang Seri

Thursday, January 16, 2014

Ulama Syiah Yang Halalkan Darah Pelarian Syria Dihukum Mati

 Lelaki yang berada di dalam gambar ini adalah merupakan salah seorang ulama' Syiah yang telah menghalalkan darah Umat Sunni Syria untuk ditumpahkan.

Ulama syiah ini, 'Ayatullah' Mesbah Yazdi telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa boleh membunuh pelarian-pelarian Syria yang masuk ke Lubnan dan juga negara-negara yang lain.

Dia menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya berkenaan apa yang berlaku di Syria dengan mengatakan bahawa halal untuk membunuh darah Umat Sunni Syria.

Lihat sahajalah 'fatwa' yang jelas menunjukkan bahawa tidak mustahillah kenapa regim Basyar dan sekutunya begitu bersungguh-sungguh untuk membunuh dan menyembelih umat Sunni di Syria.


Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah ini dan memberi kemenangan kepada Islam.