abyan

Thursday, December 19, 2013

Penangkapa Dr.Mohammed Badi'e ulangi peristiwa Minsyiyah


Sejarah penangkapan pemimpin dan ahli Ikhwan Muslimin sejak zaman berzaman..Kesemua tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka adalah palsu dan direka oleh kerajaan ketika itu. Natijahnya, sebahagian rakyat termakan propaganda jahat tersebut lalu membenci gerakan Islam berkenaan.

1954: Selepas "Peristiwa Minsyiyah" yang berlaku pada 26 Oktober 1954 iaitu percubaan bunuh Presiden rejim Jamal Abdul Nasser di kawasan Minsyiyah, wilayah Iskandariah, rejim Abdul Nasser melakukan operasi besar-besaran menahan aktivis Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Am ketika itu, Al-Marhum Hasan Hudhaibi. Gambar Hudhaibi berjalan menuju ke mahkamah bagi perbicaraan beliau. Di belakang beliau ialah Syawish Sambou, seorang pegawai polis yang terkenal menyeksa dan mendera anggota Ikhwan di dalam penjara.

2013: Mengulangi sejarah yang sama, Mursyidul 'Am Ikhwan, Dr.Mohammed Badi'e ditangkap selepas rampasan kuasa dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal.

Kesimpulannya, walaupun puluhan tahun musuh cuba menekan dan menghapuskan gerakan Islam ini tetapi dakwahnya tetap bergerak dan menyusuri jalan yang berliku ini. Dakwahnya tidak pernah mati walaupun menghadapi tekanan paling dahsyat.

Si penzalim Jamal Abdul Nasser, Syawish Sambou dan pendera-pendera anggota gerakan Islam lain termasuk sekarang As-Sisi, Adli Mansour, Mohammed Ibrahim telah dan bakal mengadap Allah Rabbul Jalil.

Mangsa kezaliman Hasan Hudhaibi, Syed Qutb, Abdul Qadir Audah dan termasuk mereka yang didera sekarang seperti Dr.Muhammad Mursi, Mohammed Bad'ie, Syeikh Mahdi Akif dan Sa'ad Katatni juga telah dan akan kembali kepada Allah Sang Pencipta.

Masing-masing akan menerima hasil yang diusahakan di dunia. Tetapi janji Tuhan dakwahnya tidak akan mati kerana Dia yang memeliharanya.

0 comments:

Post a Comment