Monday, January 13, 2014

PELAJAR MALAYSIA CEDERA DALAM REMPUHAN POLIS KUDETA MESIR




Madinah Nasr, 8 Januari 2014, seorang graduan Usuluddin Al-Azhar terkena serpihan besi dipercayai percikan daripada peluru sesat. Semasa kejadian beliau dalam usaha menghantar isterinya ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Isterinya sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.

Keadaan tersebut terjadi berikutan tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman yang berkumpul di sekitar Masjid Salam, Hayyu Asyir. Walaubagaimanapun isteri beliau tidak mengalami apa-apa kecedaran.

Mangsa, 27 telah pun mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka. IKRAM Mesir telah memaklumkan pada pihak kedutaan. Semua mahasiswa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir.

Fakhrur Radzi bin Ahmad Fuad
Pengerusi IKRAM Mesir Cawangan Kaherah.

0 comments:

Post a Comment