Wednesday, December 25, 2013

16 Islam Uyghur mati ditembak kerana membela wanita Islam dicabul polis China


Enam wanita adalah anatra 12 orang etnik Uyghur yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan di barat laut Xinjiang minggu ini dalam satu siri keganasan yang berpunca daripada tindakan seorang pegawai polis yang menyelak tudung seorang wanita Islam Uyghur.

Kerajaan China mengumunkan polis telah membunuh 14 orang etnik Uyghur pada hari Ahad apabila mereka telah diserang oleh "kumpulan pengganas " ketika cuba untuk menahan suspek jenayah di Konasheher Kashgar atau Shufu dalam bahasa cina.

Dua pegawai polis turut terbunuh dalam keganasan di Kampung Saybagh Konasheher (dalam Cina, Sayibage ) menurut kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur .

Tetapi mesyuarat di Saybagh pada hari Selasa yang diketuai oleh pegawai-pegawai pemerintah tempatan cawangan Parti Komunis China telah diberitahu bahawa 16 ornag etnik Uyghur termasuk enam wanita ditembak mati apabila polis menyerbu sebuah rumah besar yang didiami sebuah keluarga besar.

0 comments:

Post a Comment