Wednesday, November 27, 2013

Penduduk Syria terpaksa makan singa.

Ghouta, Damsyik

Sebelum ini kita melihat mereka menyembelih dan merebus kucing. Kali ini mereka terpaksa sembelih singa pula. Gambar menunjukkan beberapa rakyat Syria di Ghouta yang kelaparan sedang melapah seekor singa yang telah disembelih untuk dimasak sebagai makanan.

Singa ini mereka perolehi dari Zoo al-Qarya al-Syamya yang turut berada di dalam Ghuttah.

Penduduk Syria mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan sejak Ramadhan lalu berikutan perang yang melanda. Tentera Assad memusnahkan sumber makanan dan ternakan penduduk.



0 comments:

Post a Comment