abyan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, December 20, 2013

identiti Islam akan dihapuskan jika perlembagaan baru Mesir diterima

Bagi mereka yang masih belum memahami kenapa Ikhwan Muslimin dan gabungan rakyat Mesir memboikot pungutan suara terhadap draf cadangan Perlembagaan versi kudeta yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Januari depan, sila baca ulasan seorang ulamak Al-Azhar ini.

Islam di Mesir berada dalam situasi kritikal jika ia diluluskan..Kenapa?

Tokoh pemikir Islam, Prof.Dr.Muhammad 'Immarah yang juga anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar berkata,

"Berikut merupakan sebab utama kenapa kita tidak boleh menyertai pungutan suara draf perlembagaan:

1) Perlembagaan baru (versi kudeta) cuba meng"askar"kan negara dan menghapuskan identiti Islam

2) Menghapuskan fasa "bahawa Mesir merupakan satu entiti dari umat Islam dan masyarakat Arab

3) Menghapuskan fasa yang memperkenalkan "konsep musyawarah"

4) Menghapuskan fasa "mengambil pandangan/ merujuk Haiah Kibar Ulamak dalam hal ehwal berkaitan syariat Islam.

5) Menghapuskan fasa yang memberikan Al-Azhar kuasa menafsirkan prinsip-prinsip syariat Islam.

6) Menghapuskan fasa "yang melarang penghinaan kepada para Rasul dan Nabi-nabi".

7)Menghapuskan fasa yang memperuntukkan "penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan bagi Memerangi Rasuah".

Menambah fasa baru iaitu mengharamkan penubuhan parti-parti politik berasaskan agama.

9) Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir untuk melantik Menteri Pertahanan (bermaksud jawatan menteri tersebut bukan lagi lantikan Presiden negara selain Menteri Pertahanan dilindungi dengan kekebalan dan tidak boleh dipecat melainkan dengan persetujuan Majlis Tertinggi Tentera sahaja)

10) Memberikan ruang yang lebih luas kepada Mahkamah Tentera untuk membicarakan kes-kes orang awam

Dr.Imarah menutup ulasan beliau berkaitan draf perlembagaan versi kudeta dengan kata beliau: Inilah sebab yang paling bahaya yang terkandung di dalam draf perlembagaan baru iaitu memansuhkan identiti atau syiar Islam di Mesir dan menjadikan Mesir sebuah "negara tentera".

Terjemahan oleh : Akhukum Abdul Malik
Dengan ehsan: Ustaz Mohd Fauzan Abdullah

Thursday, December 19, 2013

Penangkapa Dr.Mohammed Badi'e ulangi peristiwa Minsyiyah


Sejarah penangkapan pemimpin dan ahli Ikhwan Muslimin sejak zaman berzaman..Kesemua tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka adalah palsu dan direka oleh kerajaan ketika itu. Natijahnya, sebahagian rakyat termakan propaganda jahat tersebut lalu membenci gerakan Islam berkenaan.

1954: Selepas "Peristiwa Minsyiyah" yang berlaku pada 26 Oktober 1954 iaitu percubaan bunuh Presiden rejim Jamal Abdul Nasser di kawasan Minsyiyah, wilayah Iskandariah, rejim Abdul Nasser melakukan operasi besar-besaran menahan aktivis Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Am ketika itu, Al-Marhum Hasan Hudhaibi. Gambar Hudhaibi berjalan menuju ke mahkamah bagi perbicaraan beliau. Di belakang beliau ialah Syawish Sambou, seorang pegawai polis yang terkenal menyeksa dan mendera anggota Ikhwan di dalam penjara.

2013: Mengulangi sejarah yang sama, Mursyidul 'Am Ikhwan, Dr.Mohammed Badi'e ditangkap selepas rampasan kuasa dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal.

Kesimpulannya, walaupun puluhan tahun musuh cuba menekan dan menghapuskan gerakan Islam ini tetapi dakwahnya tetap bergerak dan menyusuri jalan yang berliku ini. Dakwahnya tidak pernah mati walaupun menghadapi tekanan paling dahsyat.

Si penzalim Jamal Abdul Nasser, Syawish Sambou dan pendera-pendera anggota gerakan Islam lain termasuk sekarang As-Sisi, Adli Mansour, Mohammed Ibrahim telah dan bakal mengadap Allah Rabbul Jalil.

Mangsa kezaliman Hasan Hudhaibi, Syed Qutb, Abdul Qadir Audah dan termasuk mereka yang didera sekarang seperti Dr.Muhammad Mursi, Mohammed Bad'ie, Syeikh Mahdi Akif dan Sa'ad Katatni juga telah dan akan kembali kepada Allah Sang Pencipta.

Masing-masing akan menerima hasil yang diusahakan di dunia. Tetapi janji Tuhan dakwahnya tidak akan mati kerana Dia yang memeliharanya.

syiah terus bunuh kanak-kanak sunni di Syria


Antara kanak-kanak yang menjadi mangsa pengeboman regim bashar assad dipenempatan mereka. Bagi regim bashar assad yang menganut Syiah Nusairiyyah, darah ummat Islam halal ditumpahkan. Sama ada kanak-kanak, wanita mahupun warga tua, ianya berpahala jika dibunuh.

Di Syria, Syiah hanyalah minoriti, namun mereka mampu membuat pelbagai kerosakan serta mendapat bantuan ketenteraan, persenjataan, kewangan dari Iran dan Hizbullat.

Tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti Syria jika wabak penularan dan penyebaran Syiah ini tidak ditangani secara tegas. Perlunya kita tahu, Syiah di Malaysia setiap tahun mendapat dana jutaan ringgit dari Kerajaan Iran, iaitu IBU NEGARA SYIAH.- GP