Mujahideen FSA di Jassem menjumpai stok makanan yang dijatuhkan pesawat tempur Rejim Assad untuk tentera-tenteranya selepas juruterbang pesawat tempur rejim tersalah kira koordinat kawasan bagi menjatuhkan stok-stok makanan tersebut.
Stok makanan yang dijatuhkan rejim dikenal pasti disumbangkan oleh Program Makanan Sedunia UN. Dengan bukti ini, semakin jelas dan benar wujudnya kerjasama antara Rejim Assad dan UN. UN hanyalah tali barut bagi Amerika dan Amerika sebenarnya mahu Assad untuk terus bertahan. Jika UN bukan tali barut Amerika atau sedang bekerjasama dengan rejim Assad, sudah tentu mereka sudah lama menghantar makanan kepada rakyat Syria yang sedang kebuluran akibat sekatan makanan yang dilakukan rejim zalim itu. Hakikatnya, mereka sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga akan nasib rakyat Syria yang sedang mati secara perlahan akibat kebuluran di seluruh Syria.
Telah banyak kematian akibat kebuluran direkodkan yang mana kebanyakannya terdiri daripada bayi kecil akibat sekatan yang berterusan rejim Assad dan UN hanyalah tali barut Amerika dan sekutu Bashar Al Assad.
Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel