16 buah pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara atau lokap kudeta.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan.
Kenyataan tersebut turut menggesa anggota keluarga mangsa tahanan yang mengunjungi mangsa tahanan diberikan ruang yang bebas untuk bertemu tanpa dipantau rapi atau dikenakan pelbagai syarat yang menyusahkan.
Berdasarkan kenyataan dan aduan mangsa sendiri, menurut kenyataan tersebut pihak mereka menerima banyak aduan sepanjang 6 bulan kebelakangan iaitu tempoh yang menyaksikan ratusan siri operasi tangkapan secara rambang khasnya sekitar Ogos hingga Oktober tahun lalu.
Pihak mereka turut mendedahkan aduan seorang aktivis politik bernama Khaled As-Sayyed yang dibelasah dan didera di Balai Polis Abbasiyah dan Qasr Nil selain sewaktu di tahan di Penjara Abou Za'bel. Menurut peguam beliau, Mahmoud Bilal yang hadir sewaktu siasatan dibuat yang turut menyaksikan anak guamnya membuka baju untuk menunjukkan kesan-kesan didera.
Khaled As-Sayyid menjelaskan secara lanjut penderaan yang dilakukan terhadap sebahagian tahanan politik. Antaranya, pasukan keselamatan kudeta telah bertindak memindahkan tahanan yang terdiri daripada aktivis-aktivis politik yang terkenal ke sebuah bilik dalam keadaan mata mereka ditutup. Mereka kemudian diperdengarkan suara-suara jeritan mangsa tahanan lain yang dipukul dan didera melalui besi elektrik, lalu sekumpulan pasukan polis mengherdik mereka dengan nada tinggi, "Inilah dia balasan kamu wahai orang-orang yang membuat revolusi.."
Kebanyakan mangsa tahanan lain turut mengakui bahawa mereka turut mengalami penderaan seksual selain didera menggunakan kabel elektrik di seluruh badan.
Walau bagaimanapun, sang pengkhianat Jeneral Mohammed Ibrahim sebagai Menteri Dalam negeri kudeta menafikan wujudnya kes-kes penderaan yang dilakukan oleh polisnya sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah penjara negara itu.
Namun menurut pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia berkenaan mempersoalkan pendirian pihak penjara di Mesir yang sebenarnya tidak pernah mengizinkan sama sekali mana-mana badan hak asasi atau peguam-peguam yang bebas untuk menziarahi tahanan.
Sumber: Ikhwanonline.com & Akhukum Abdul Malik